Wahai para pembaca yang beriman! Wajib ke atas kita memeliharakan iman kita daripada segala perkara yang membinasakanya kerana barang siapa yang binasa imannya, jadilah ia kafir dan binasalah sekalian amal yang telah dikerjakannya dan jadilah ia isi neraka, kekal di dalamnya selama-lamanya.
“Bahawasanya adalah kaum Bani Israil bercerai-cerai mereka itu kemudian daripada Nabi Musa tujuh puluh tiga kaum, sekaliannya di dalam neraka melainkan satu kaum jua yang masuk syurga; (dan lagi bercerai-cerai mereka itu kemudian daripada Nabi Isa tujuh puluh dua kaum, sekaliannya di dalam neraka melainkan suatu kaum jua yang masuk syurga; (dan bercerai-cerai umatku kemudian daripada aku tujuh puluh tiga kaum, sekaliannya isi neraka melainkan suatu kaum jua masuk syurga, (maka) sembah segala sahabat: “Siapa yang suatu kaum itu, ya Rasulullah?” (Maka) sabda Rasulullah Sallallahu alaihi wasollam: “laitu yang aku di dalamnya dan segala sahabatku”, (yakni iaitu jalanku yang betel dan jalan segala sahabatku (yakni iaitu jalanku yang betul dan jalan segala sahabatku iatulah jalan ahli Al-Sunnah wa Al-Jamaah.”
Reviews
There are no reviews yet.