e-commerce by webshaper
More information on product
Home > Products > Novel Kanak-Kanak > Remaja Mulia
 Remaja Mulia
enlarge

Remaja Mulia

| Add to Compare
RM  12.00  10.90  
Item details
SKU: 9789830972428
Weight: 130 grams
Stock: Out of stock


vs_product_id: 84602
  Share This   Add To Facebook   Add To MySpace   

arya penulis muda Hilal Asyraf adalah antara empat novel terbaru terbitan GISB yang akan berada di pasaran pada awal Disember. Remaja Mulia, novel awal remaja karya Hilal, akan terbit bersama dua lagi novel awal remaja, Mencari Amira dan Impian Juara, serta satu novel remaja, Kasih Nasuha.


Remaja Mulia membawa kelainan apabila memunculkan watak kanak-kanak berusia 12 tahun yang jauh lebih matang daripada usianya. Hilal dalam laman blognya menulis, beliau mahu memanjakan pembaca kanak-kanak “dengan karakter-karakter tarbawi, karakter-karakter baik yang mereka boleh contohi. Agar mereka membesar dengan karakter-karakter ini.”

“... saya reka cerita pelajar darjah enam yang mempunyai kematangan yang baik, akhlak yang soleh dan peribadi yang mulia. Tidak cukup setakat itu, karakter itu memberikan kesan pula pada sahabat-sahabatnya.”

Novel Remaja Mulia (harga RM12) membawa kisah Irfan Hakimi, yang bergelar yatim piatu dalam usia 12 tahun. Kanak-kanak yang matang ini bercita-cita tinggi mahu hidup berbakti tanpa menyedari adanya halangan yang menyebabkan satu sekolah memulaukannya dan dia hampir-hampir kecewa. Kalaulah Tuhan tidak bantu dia …