e-commerce by webshaper
More information on product
Home > Products > Novel Kanak-Kanak > Kembara Kumbang 1: Gerbang Pelangi
 Kembara Kumbang 1: Gerbang Pelangi
enlarge

Kembara Kumbang 1: Gerbang Pelangi

| Add to Compare
RM  15.00  13.50  
Item details
SKU: 9789670201573
Weight: 200 grams
Stock: Out of stock


vs_product_id: 84242
  Share This   Add To Facebook   Add To MySpace   

Rahsia 70 tahun milik Fahmi Tauhid, terbongkar akhirnya setelah Hafiz menemui buku catatan moyangnya itu ketika bercuti ke kampung. Hafiz dan kembarnya Hafizah, serta rakan-rakan mereka Susan dan Bala menyertai perkhemahan santai yang diketuai Shafiq. Cuti sekolah kali ini memang merubah hidup mereka! Mereka terperangkap dalam satu pengembaraan fantasi yang tidak terjangkau dek fikiran! Latar perkhemahan Kampung Hujung Pelangi itu rupa-rupanya menyimpan rahsia dua alam yang berbeza...

 

antara lena dan mimpi, di situlah kami

 

Lalu, mereka merentasi Gerbang Pelangi semasa terjatuh ke dalam Kolam Kucing Bertanduk dan muncul sebagai penyelamat di Alam Antara - satu alam segala mimpi menjadi realiti. Tembok Lapis Tujuh kini semakin lemah, dan hampir dikuasai Dewa Muda dan konco-konconya yang jahat. Hanya tenaga daripada tujuh biji geliga naga yang boleh memulihkan kembali kekuatan Tembok Lapis Tujuh. Dapatkah mereka mencari geliga naga sewaktu menjelajah ke dunia mistik dan fantasi ini? Mampukah mereka melepasi halangan, Serigala Pemusnah, Selar Si Raja Ular dan Raja-raja Kegelapan iaitu hamba suruhan Dewa Muda itu?

 

Ikuti pengembaraan luar biasa lima remaja - Kembara Kumbang - dalam misi mereka menyelamatkan Alam Antara dan Gerbang Pelangi. 

 

* * *

 

ZULKIFLI AHMAD IDRUS memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang Komunikasi (Kewartawanan). Kini, beliau sedang menyambung pengajian pada peringkat sarjana di UiTM Shah Alam. Mantan pengurus komunikasi korporat ini minat dengan alam semula jadi dan hutan. Beliau pernah mendaki gunung-gunung di Malaysia antaranya Kinabali, Tahan, Ledang, Berembun, Stong, Ayam serta Gunung Merapi dan Gunung Semeru di Indonesia.