e-commerce by webshaper
More information on product
Home > Products > Novel Kanak-Kanak > Ekspedisi ke Pintar Taman Negara (X-PDC Adiwarna)
 Ekspedisi ke Pintar Taman Negara (X-PDC Adiwarna)
enlarge

Ekspedisi ke Pintar Taman Negara (X-PDC Adiwarna)

Add to Compare
RM  14.00  12.60  
Item details
SKU: 9789675118210
Weight: 150 grams
Stock: Out of stock


vs_product_id: 84248
  Share This   Add To Facebook   Add To MySpace   

Fitri, Deena dan Azam mengikut Profesor Aqbal ke Gua Cha, Kelantan. Bapa mereka sedang menjalankan kajian antropologi di situ. Doktor Daniel, Kurator Muzium dari Australia juga membawa anak-anaknya, Faris dan Johana ke sana. Lalu untuk menghilang rasa bosan menunggu bapa mereka bekerja, si anak memilih untuk masuk ke pinggir Taman Negara. Dengan pertolongan Pak Darus dan Pedik si anak orang asli, mereka berjaya menjejaki pinggir taman itu.

Namun bahaya tetap menanti. Ketika sedang mencari tempat jatuhnya meteor, Faris telah ditawan oleh pemburu-pemburu haram. Manakala Pak Darus pula dipatuk ular. Lalu, siapakah yang boleh diharap pada saat-saat genting ini? Azam si cilik yang montel ataupun Johana si cantik yang suka berangan-angan menjadi peragawati?

Pada waktu yang sama, artifak dari Gua Cha pula hilang! Siapa pula yang mencurinya? Apa yang harus mereka lakukan?

 

* * *

 

NOOR SURAYA, pernah menjadi pendidik selama 13 tahun. Beliau juga seorang Munsyi Dewan, dan memiliki ijazah Sarjana Linguistik dari Universiti Malaya. Pada NOOR SURAYA, mengarang cerita kanak-kanak harus ada integriti. Pada setiap aksara, pengarangnya telah 'diberi' mandat membina jiwa bangsa.