e-commerce by webshaper
More information on product
Home > Products > Novel Kanak-Kanak > Cerita Khyra Biota 5: Puteri Gunung Ledang
 Cerita Khyra Biota 5: Puteri Gunung Ledang
enlarge

Cerita Khyra Biota 5: Puteri Gunung Ledang

Add to Compare
RM  14.00  12.60  
Item details
SKU: 9789670201641
Weight: 170 grams
Stock: Out of stock


vs_product_id: 84255
  Share This   Add To Facebook   Add To MySpace   

Khyra seorang murid yang pintar lagi berani. Kebolehan luar biasanya yang ulung ialah dapat memahami bahasa haiwan. Yang seronoknya lagi, Khyra dapat bercakap dengan semua binatang – bahasa naga difahaminya; bahasa jerung pun mudah baginya. Bersama sahabatnya Sally, seekor ulat bulu yang suka membaca, Daisy seekor kucing yang bijak dan Chika seekor burung geroda, mereka dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi oleh manusia, mahupun binatang.

Dalam Cerita 5 – Khyra Biota: Puteri Gunung Ledang, Khyra dan rakan-rakan mengembara ke Gunung Ledang untuk memastikan kewujudan puteri misteri itu. Selain itu, ada juga cerita fasal ikan duyung dan bagaimana Chika berlawan dengan ibu Blobster. Haiwan itu menyangka yang Chika ingin makan anak-anaknya. Cerita monyet pula berkisar pada Fei Mau yang ingin jadi jutawan. Sementara itu ada cerita fasal kecurian ular-ular eksotik dari Zoo Negara. Yang paling menarik, tentunya fasal Geng Biota melancong menggunakan pemecut dimensi!

 

 * * * * *

 

 ASHADI ZAIN adalah pemegang ijazah Sarjana Muda Perakaunan daripada Universiti Malaya. Beliau sudah Berjaya menulis dan menterjemah lebih daripada 60 buah buku. Mari menambahkan ilmu dan bersantai bersama ASHADI ZAIN!

MAJIDAH MAT JUSOH mendapat ijazah Sarjana Muda Perbandingan Agama dan Usuluddin (minor Psikologi) daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Menulis dengan hati adalah terapi, menggali dan meniti ilmu bak jauhari - menjadi falsafah penulisan MAJIDAH MAT JUSOH.