e-commerce by webshaper
More information on product
Home > Products > Novel Kanak-Kanak > Cerita Khyra Biota 4: Naga Tasik Chini
 Cerita Khyra Biota 4: Naga Tasik Chini
enlarge

Cerita Khyra Biota 4: Naga Tasik Chini

Add to Compare
RM  14.00  12.60  
Item details
SKU: 9789670201559
Weight: 180 grams
Stock: Out of stock


vs_product_id: 84254
  Share This   Add To Facebook   Add To MySpace   

Khyra seorang murid yang pintar lagi berani. Kebolehan luar biasanya yang ulung ialah dapat memahami bahasa haiwan. Yang seronoknya lagi, Khyra dapat bercakap dengan semua binatang – bahasa naga difahaminya; bahasa jerung pun mudah baginya. Bersama sahabatnya Sally, seekor ulat bulu yang suka membaca, Daisy seekor kucing yang bijak dan Chika seekor burung geroda, mereka dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi oleh manusia, mahupun binatang.

Dalam Cerita 4 – Naga Tasik Chini, Khyra dan rakan-rakan mengembara ke Tasik Chini untuk mencari kewujudan naga di situ. Selain itu, ada juga cerita fasal Jersy Devil yang mengganggu kententeraman haiwan-haiwan lain; seekor kutu yang menganjurkan pertandingan siapa paling busuk; Sally yang merindui gurunya; koloni lalat yang mahu membuka taman tema; katak menipu lalat dengan seminarnya dan Khyra diundang menjadi hakim dalam pertandingan membina ‘istana pasir’ alam haiwan.

 

 * * * * *

 

 ASHADI ZAIN adalah pemegang ijazah Sarjana Muda Perakaunan daripada Universiti Malaya. Beliau sudah Berjaya menulis dan menterjemah lebih daripada 60 buah buku. Mari menambahkan ilmu dan bersantai bersama ASHADI ZAIN!

MAJIDAH MAT JUSOH mendapat ijazah Sarjana Muda Perbandingan Agama dan Usuluddin (minor Psikologi) daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Menulis dengan hati adalah terapi, menggali dan meniti ilmu bak jauhari - menjadi falsafah penulisan MAJIDAH MAT JUSOH.