e-commerce by webshaper
More information on product
Home > Products > Novel Kanak-Kanak > Cerita Khyra Biota: Roket Sang Lembu
 Cerita Khyra Biota: Roket Sang Lembu
enlarge

Cerita Khyra Biota: Roket Sang Lembu

Add to Compare
RM  16.00  14.40  
Item details
SKU: 9789670201412
Weight: 190 grams
Stock: Out of stock


vs_product_id: 84250
  Share This   Add To Facebook   Add To MySpace   

KHYRA seorang murid yang pintar lagi berani. Kebolehan luar biasanya yang ulung ialah dapat memahami bahasa haiwan. Yang seronoknya lagi, KHYRA dapat bercakap dengan semua binatang – bahasa naga difahaminya; bahasa jerung pun mudah baginya. Bersama sahabatnya, Sally seekor ulat bulu yang suka membaca dan Daisy seekor kucing yang bijak, mereka dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi manusia, mahupun binatang.

Dalam Cerita 1 – Khyra Biota: Roket Sang Lembu ini, KHYRA membantu Siti Merah seekor lembu betina yang mahu ke angkasa lepas. Selain itu ada cerita tentang ‘budak serigala’; cerita fasal semut hitam yang menghidap kencing manis; cerita mengenai raja merpati yang sedih; serta cerita seekor monyet pintar yang menyalahgunakan kebolehannya. Satu lagi kisah yang sangat menarik tentunya cerita fasal bagaimana buaya cuba mencuri darah KHYRA untuk diklon!

 *   *   *

 

ASHADI ZAIN adalah pemegang ijazah Sarjana Muda Perakaunan daripada Universiti Malaya. Beliau sudah berjaya menulis dan menterjemah lebih daripada 60 buah buku. Mari menambahkan ilmu dan bersantai bersama ASHADI ZAIN!

MAJIDAH MAT JUSOH mendapat ijazah Sarjana Muda Perbandingan Agama dan Usuluddin (minor Psikologi) daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Menulis dengan hati adalah terapi, menggali dan meniti ilmu bak jauhari – menjadi falsafah penulisan MAJIDAH MAT JUSOH.