e-commerce by webshaper
More information on product
Home > Products > Agama > Bimbingan Para Solihin
Bimbingan Para Solihin
enlarge

Bimbingan Para Solihin

| Add to Compare
RM  28.00  25.20  
Item details
SKU: 9789678605830
Weight: 355 grams
Stock: Out of stock


  Share This   Add To Facebook   Add To MySpace   

SENTIASALAH ‘berselera’ untuk bersolat, kerana solat merupakan santapan yang lazat lagi enak pemberian ALLAH SWT. Nabi Muhammad SAW ketika menggambarkan keasyikan Baginda dalam mengerjakan solat berkata; ‘Penyejuk mataku,’ Zainab tenggelam dalam keasyikan bersolat sehingga dia mengikat dirinya dengan tali semasa mengantuk. Tindakannya ditegur oleh Nabi SAW kemudiannya.

Mereka yang tidak mengambil berat soal ibadat, malah melengah-lengahkan solat, maka ALLAH SWT juga akan melengah-lengahkan pemberian nikmat kepada mereka.

Imam al-Nawawi mengupas hadis Nabi SAW berkenaan orang yang melewatkan solat dalam Syarah Sahih Muslim; “Yang berada akhir dalam saf solat (melewatkans olat), akan terlewat mendapat rahmat-NYA, fadilat-NYA, tidak dinaikkan martabat dan seumpama dengannya.”

Solatlah dengan khusyuk, dan berusaha untuk menumpukan perhatian terhadap setiap gerakan dan bacaan dalam solat. Meski pun gangguan tetap datang, namun usaha mesti diteruskan dengan gigih.