e-commerce by webshaper
More information on product
Home > Products > Kesihatan > Anda Bertanya Doktor Menjawab : Strok
Anda Bertanya Doktor Menjawab : Strok
enlarge

Anda Bertanya Doktor Menjawab : Strok

| Add to Compare
RM  22.90  20.60  
Item details
SKU: 9789673714988
Weight: 240 grams
Stock: Stock available


vs_product_id: 75785
  Share This   Add To Facebook   Add To MySpace   

Info Buku

Strok? Pasti bagi anda penyakit ini sudah tidak asing lagi kerana ramai yang diserang strok sekarang ini. Jika mendengar perkataan strok, pasti terbayang diminda anda dengan lumpuh sebelah badan, sukar bercakap, sukar berjalan dan sebagainya. Bahkan juga ada yang terpaksa terus berbaring dan koma.

Strok merupakan penyebab utama kematian. Bermula dengan gejala yang tidak nyata, namun kesan yang boleh membawa kepada kematian, strok perlu diwaspadai kerana sekali terkena strok, sukar untuk disembuhkan bahkan boleh berakhir dengan kematian. Seperti yang diketahui, strok boleh menyerang lelaki dan wanita dalam pelbagai peringkat usia. Oleh itu itu, sebaiknya anda menjaga diri agar tidak diserang strok dengan mempelajari apa itu strok, punca-puncanya dan cara menghidarinya. Selain kesan dari penyakt strok yang memudaratkan, cara perubatannya memakan masa yang sangat lama dan memerlukan perbelanjaan yang tinggi.

Apa yang anda ingin tahu mengenai penyakit strok, semuanya boleh didapati  di dalam buku yang penuh dengan informasi ini. Setiap persoalan dijelaskan dengan penuh terperinci. Buku ini ditulis dengan bahasa yang ringkas dan mudah difahami oleh anda. Setiap persoalan diambil daripada pesakit-pesakit strok dan mereka yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai penyakit strok ini.