e-commerce by webshaper
More information on product
Home > Products > Agama > Amalan Ibu Hamil Beserta 5000 Nama-Nama Untuk Anakku
 Amalan Ibu Hamil Beserta 5000 Nama-Nama Untuk Anakku
enlarge

Amalan Ibu Hamil Beserta 5000 Nama-Nama Untuk Anakku

Add to Compare
RM  15.00  13.50  
Item details
SKU: 9789675778315
Weight: 300 grams
Stock: Stock available


vs_product_id: 85055
  Share This   Add To Facebook   Add To MySpace   

 

Kehamilan bukan hanya berlaku pada tubuh wanita, tetapi ia juga berlaku kepada seluruh keluarga itu sendiri sama ada isteri mahupun suami itu sendiri. Seorang wanita hamil akan mendapati terdapat perubahan bukan hanya pada fizikalnya sahaja bahkan perasaan dan emosinya. 

 

 
Dengan perubahan itu, ramai wanita hamil akan mendapati waktu mengandung bukanlah masa yang mudah bagi mereka. Mereka akan mudah merasa kecewa, sensitif dan mudah menangis kerana perubahan-perubahan horman yang berlaku dalam tubuhnya.Semua perubahan yang dialaminya itu adalah sesuatu yang normal.

 

 
Ketika wanita sedang mengandung, ia perlu mengerjakan perkara-perkara yang diperintahkan oleh Allah dan menjauhi segala yang dilarang-Nya. Ia harus memahami akan hakikat kehidupan manusia sebagai hamba yang seharusnya sentiasa mempersiapkan diri dan beramal dengan segala apa yang diperintahkan sebagai tanda syukur dengan nikmat Allah SWT kurniakan. Setiap gerak geri, perlakuan dan amalan yang dilakukan oleh ibu sewaktu hamil akan mempengaruhi sikap dan peribadi anak-anak yang bakal dilahirkan.

 

 
Suami juga memainkan peranan yang penting dengan melaksanakan segala suruhan dan menjauhi larangan-larangan Allah demi meraih redha Allah SWT. Suami harus memastikan setiap tindakan mereka selari dengan tuntutan syariat bagi memastikan anak yang bakal dilahirkan terdidik dengan akhlak yang baik dan terpuji seperti yang dilakukan oleh ibu dan ayahnya semenjak dari dalam kandungan lagi.

 

 
Suami juga perlu peka terhadap emosi dan perasaan isteri kerana isteri sangat memerlukan ketenangan dan perhatian yang khusus daripada suami sewaktu mengandung. Jika suami selalu menyakiti hati isteri, seperti tidak menghiraukan perasaan isteri, jarang pulang ke rumah, mengabaikan tanggungjawab dan sebagainya, maka kesihatan bayi akan terjejas.

 

 
Penjagaan dan didikan anak-anak bermula dari dalam kandungan lagi. Tanggunjawab ibu bapa tidak terhenti setakat itu sahaja, malah tugas memberikan nama yang indah dan mempunyai makna yang baik juga terletak pada ibu bapa. Selain itu, banyak lagi tanggungjawab dan peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa terhadap anak-anak yang dilahirkan bagi mambentuk generasi yang indah akhlaknya dan  berperibadi mulia dengan menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh ikutan.