e-commerce by webshaper
More information on product
Home > Products > Novel > AKU SHARK...DAN AKULAH LELAKI ITU (2017)
AKU SHARK...DAN AKULAH LELAKI ITU (2017)
enlarge

AKU SHARK...DAN AKULAH LELAKI ITU (2017)

| Add to Compare
RM  28.00  25.20  
Item details
SKU: 9789672102052
Weight: 565 grams
Stock: Stock available


ISBN: 9789672102052
  Share This   Add To Facebook   Add To MySpace   
Dia bukan anak raja, bukan juga CEO syarikat ternama atau pelajar lulusan dari luar negara, tetapi dia hanyalah insan biasa yang punya kisah hidup yang penuh duka dan tidak sempurna. 

Dialah Shark... Lelaki yang punya pesona dan digilai ramai gadis popular dan ternama. Biar dipikat dan digoda tetapi hatinya tetap dijaga hanya untuk dimiliki oleh seorang gadis bernama Jeslina yang digelarnya bunga. 

Bagi Jeslina, nama Shark atau digelar si pembuli itu memang sedari awal lagi sudah dipangkah-pangkah dari senarai calon teman lelaki pilihan. Dibuli tanpa henti ketika di sekolah menengah dahulu membuat dia sangat membenci biar lelaki itu gigih mengambil hati. Lebih-lebih lagi ketika itu dirinya bakal dimiliki oleh sahabat baik lelaki itu sendiri. 

"Dengar sini Shark, antara kita tak mungkin akan ada apa-apa ikatan sebab aku akan berkahwin dengan Redza. Faham? - Jeslina

"Kuasa Tuhan tak siapa yang tahu, Jes. Orang yang dah berkahwin pun boleh bercerai, inikan pula baru bertunang. Eh! Pembetulan...Belum bertunang pun lagi." - Shark 

Terjalinnya ikatan pertunangan antara Redza dan Jeslina membuatkan Shark panasaran. Tetapi, jika sudah namanya Shark, biar hak orang akan tetap diredah juga selagi belum disahkan dengan akad dan perkahwinan.Walaupun dimarahi, juga dinasihati, dia tetap tidak peduli lebih-lebih lagi bila hati sudah terlalu mencintai. 

"Astaghfirullahalazimmm... Kamu ni dah kenapa? Lupa Jes tu tunang kawan baik kamu?" - Mak Ngah Iman