e-commerce by webshaper
More information on product
Home > Products > Kanak-Kanak > 10 Srikandi Bidadari Syurga Vol 1
10 Srikandi Bidadari Syurga Vol 1
enlarge

10 Srikandi Bidadari Syurga Vol 1

| Add to Compare
RM  35.00  29.60  
Item details
SKU: 9789675401961
Weight: 560 grams
Stock: Out of stock


vs_product_id: 95118
  Share This   Add To Facebook   Add To MySpace   

Sejak awal perkembangan Islam, Kaum Hawa juga turut berjuang bersama-sama Kaum Adam. Mereka mengobankan harta nyawa dan darah untuk Islam. Mereka turut berasakan perih, pedih, duka dan nestapa sama seperti yang dirasa oleh lelaki.

Mereka adalah Srikandi-srikandi mulia. Umat Islam berhutang kepada mereka, kerana jihad dan pengorbanan merekalah yang menjadikan agama ini terus harum berkembang di sanubari kita hingga sekarang. Buku sejarah perjuangan mereka seharusnya kita tulis dengan tinta emas agar menjadi kebanggaan dan contoh teladan.

Janganlah kita memandang kelembutan tangan yang menghayun buaian sebagai tangan yang lemah gemalai. Namun lihatlah kekentalan hati para ibu yang membisikkan ke telinga buah hatinya roh perjuangan dan nyanyian para pahlawan. Keharuman daripada roh dan nyanyian itu akan bersemi di hati anak-anak dan bertukar menjadi cita-cita dan harapan. Dengan itu mereka membesar menjadi individu berjiwa kental dan bersemangat waja.