e-commerce by webshaper
More information on product
Home > Products > Novel > #SitiKhair Sempurnakan Kita
 #SitiKhair  Sempurnakan Kita
enlarge

#SitiKhair Sempurnakan Kita

| Add to Compare
RM  27.00  24.30  
Item details
SKU: 9789673652969
Weight: 531 grams
Stock: Stock available


ISBN: 9789673652969
  Share This   Add To Facebook   Add To MySpace   
Kisah ini pasal Siti dengan Khair Luth. 
Siti budak stor saja. Khair Luth bos dia saja. 
Budak stor suka bos. Bos suka PA. PA suka tunangnya.

Kelang-kabut sungguh. Bila Khair Luth tengah berkira-kira nak meluahkan perasaan cinta kepada PAnya, Rosalee, tiba-tiba dia mendapat tahu wanita idamannya itu sudah pun berpunya. Bukan setakat berpunya, malahan dah bertunang dan akan melangsungkan perkahwin. Siap bagi jemputan kedua majlisnya kepada Khair Luth.

Lalu Khair Luth membuat gila. Dia mengajak adik angkat Rosalee, Siti, bermain cinta.  

"I suka you, Siti. You suka I. So?" 
"Tak ada maknanya nak so, so. Lagipun saya kata suka aje. Bukannya nak couple ke apa. Beza umur kita jauh kut. Rasa macam bercinta dengan pak cik sendiri aje." 

Geram Khair Luth bila Siti dengan beraninya menolak dia. Macamlah dia betul-betul hendakkan Siti. Khair Luth main tipu saja. Ajak Siti bercinta demi makin mendekati Rosalee. Tapi bila hati Khair Luth pula menipu, suka hati saja sukakan Siti, apa pula akan terjadi?