e-commerce by webshaper
More information on product
Home > Products > Novel > #CeritaSeram3: Syaitan
#CeritaSeram3: Syaitan
enlarge

#CeritaSeram3: Syaitan

| Add to Compare
RM  23.00  20.70  
Item details
SKU: 9789670723402
Weight: 156 grams
Stock: Stock available


ISBN: 9789670723402
  Share This   Add To Facebook   Add To MySpace   

"Assalamualaikum bang, saya bapa kepada pesakit katil hujung tu. Boleh kita borak kejap kat luar?" tegur seorang bapa pesakit dari wad yang sama. "Semalam Farish nampak hantu ke bang?" pemuda tadi memulakan bicara. "Dia cakap ada pocong datang tengok dia. Biasalah bebudak, dah sakit gitu macam-macamlah meracau." Bob cuba berdalih tak mahu sensasikan cerita semalam.

"Bang, apa yang Farish nampak tu betul bang. Saya sendiri nampak pocong tu. Cuma yang Farish nampak tu satu, tapi saya nampak dua bang!" pemuda tadi separa tinggi nadanya. "Apa yang kau nampak? Kat mana?" Bob mula bertanya. "Macam ni bang. Masa abang bangun nak kencing, saya terjaga kejap. Saya pandang Farish, saya nampak ada satu susuk tubuh baring sebelah Farish, saya ingat abang. Lepas tu saya teringat saya nampak abang masuk tandas. Saya buka mata sikit, saya nampak yang baring tu berbungkus bang. Saya terperanjat saya baring tegak pandang ke atas, masa inilah saya menggigil hampir nak menjerit bang."

"Uish kenapa? Apa yang kau nampak?" Bob teruskan soalan.

"Bang, ada dua ekor pocong berbungkus atas siling baring merenung saya bang. Tuhan je tahu saya nak menjerit macam mana. Suara rasa berbuku dekat kerongkong. Saya baca apa saja yang terlintas. Dekat 5 minit baru dua ekor tu hilang bang. Sumpah, Farish bercakap benar bang. Ada hantu dalam wad ni."