e-commerce by webshaper
More information on product
Home > Products > Novel > 'Playboy' Paling Romantik
'Playboy' Paling Romantik
enlarge

'Playboy' Paling Romantik

Add to Compare
RM  26.00  23.40  
Item details
SKU: 9789674461973
Weight: 447 grams
Stock: Out of stock


  Share This   Add To Facebook   Add To MySpace   

Cinta bukan satu permainan...

QISHA Delisa seorang playgirl yang tidak pernah tunduk pada lelaki. Demi dendam pada lelaki, dia akan membuat semua lelaki melutut di kakinya. Tetapi kemunculan Wan Firaz membuatkan sikap dan dendamnya terhapus sekelip mata. Lelaki ini penyebab hidupnya musnah.

Hadif Fayyadh seorang playboy yang baru sahaja ditipu kekasih sendiri, Farisya. Farisya telah menjemput Hadif Fayyadh ke majlis perkahwinannya. Hadif Fayyadh memang benci pada Farisya kerana tidak menghargai cintanya. Walaupun dia playboy tetapi dia hanya suka Farisya. Jadi, untuk menyakitkan hati Farisya semula, dia meminta Qisha Delisa menyamar menjadi bakal isterinya untuk dibawa ke majlis perkahwinan itu.

Demi mengelak daripada Wan Firaz, Qisha Delisa korbankan kebahagiaan. Demi cinta Qisha Delisa, Hadif Fayyadh sanggup wujudkan GAME LOVE untuk mengikat Qisha Delisa. Dapatkan Qisha Delisa lepas daripada genggaman Wan Firaz yang sentiasa mengejarnya? Dapatkah Hadif Fayyadh memiliki cinta Qisha Delisa yang sudah lama membeku? Dapatkah Wan Firaz menghancurkan perkahwinan Hadif Fayyadh dengan Qisha Delisa yang sememangnya rapuh?

“Bila game love ni mula, aku tak nak lelaki tu ganggu hidup aku. Kau kena janji yang kau akan melindungi aku, kan? Kau janji...” – QISHA DELISA

“Aku janji, Qisha. Lelaki tu takkan dapat ganggu kau selagi kau berada di sisi aku. Aku akan pastikan. Aku akan lindungi kau. Aku janji!” – HADIF FAYYADH

“Qisha, kau jangan ingat boleh lepas daripada aku. Aku akan pastikan kau tunduk pada aku. Hanya aku boleh memilik kau!” – WAN FIRAZ